Wednesday, 3 October 2018

NOVEL PRELOVED UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum, hi semua buat pembaca blogger sekalian. Sebelum tu,saya nak minta maaf sebab dah lama tak update blog ni oleh kerana kekakangan masa. okay! straight to the point hari ini saya akan maklumkan berita gembira buat para pengemar novel preloved yang masih mencari-cari novel yang kini telah habis di pasaran atau mungkin bagi mendapatkan harga yang lebih murah tetapi dalam keadaan yang masih baik seperti buku baru. Di bawah ini saya sertakan gambar beserta harga bagi setiap novel tersebut. Sekiranya anda berminat, boleh terus pm saya 0106549247 (bella) untuk keterangan lanjut. Cepat-cepat order sebelum kehabisan stok. Sekian, terima kasih.

p/s: jika terdapat ketidakpuasaan harga, masih boleh dirunding.


RM 18


RM 15


RM 10


RM 15


RM 30


RM 20


RM 20


RM 22


RM 24


RM 24


RM 10


RM 20


RM 27


RM 20


RM 18


RM 10


RM 15


RM 18


RM 10


RM 12


Friday, 13 April 2018

JANGAN PERNAH BERUBAH


BAB 1

Suara DJ berceloteh di radio tidak mampu menenangkan aku. Apa yang ada dalam mindaku saat ini ialah tiba segera ke destinasi sesegera yang mungkin. Pedal minyakku tekan kuat bagi melajukan kenderaanku. Nasib baik tiada polis peronda yang menjaga kawasan ini pada ketika ini. Banyak kereta telah aku potong. Tiba-tiba bunyi telefon bimbitku berbunyi. Tanganku pantas menekan butang 'accept' yang tertera di stering keretaku.

"Hello, Assalamualaikum abang."

"Waalaikumussalam. Lia kat mana ni? Dah lama abang dengan Hana tunggu."

"Ala abang... Lia minta maaf sangat-sangat. Lia terbangun lambat tadi. Terlajak tidur. Semalam penat sangat kena siapkan kerja."

"Lia ni macam-macam lah. Habis tu sekarang kat mana? Abang kesian je dekat Hana ni. Dari tadi merengek tanya mana mama dia."

"Okay-okay. Lia tengah drive ni. Lagi sepuluh minit Lia sampai. Abang cakap kat Hana kejap je lagi mama dia sampai. Ni pun Lia dah habis tekan minyak ni. Kalau ada gear terbang dah lama Lia terbang."

"Astagfirullah al-azim Lia. Bawak kereta tu hati-hati. Jangan nak 'action' sangat. Bawak macam biasa je. Nanti kalau jadi apa...."

"Abang jugak yang susahkan? Lia tahu. Okay abang. Lia tengah drive ni tak boleh cakap lama-lama. See you there. Bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam.

Talian diputuskan dan aku segera memecut laju selepas kelihatan papan tanda yang menunjukkan laluan Shah Alam hampir 8 kilometer lagi. Terbayang wajah comel dan keletah Hana yang paling aku rindui. Sudah hampir 2 minggu aku tidak berjumpa dengannya akibat kesibukkan kerja yang memaksa aku 'outstation'. "Hana sayang, sabar ye sikit lagi mama sampai!", detik hati kecilku.





SELEPAS memasuki kawasan yang dijanjikan, mata aku segera melilau untuk mencari parking yang masih kosong. Tetapi malang nasibku kerana sudah hampir lima kali pusingan namun masih tiada satu pun kereta yang ingin keluar.

Tiba-tiba kelihatan sebuah kereta yang ingin keluar. Hatiku segera berbunga riang. Aku memberinya laluan agar memudahkannya untuk keluar. Setelah kereta tersebut keluar aku bergerak ke hadapan, aku bersiap sedia untuk memasuki parking tersebut. Aku lebih mahir sekiranya parking secara mengundur kerana memudahkan aku untuk keluar. Aku menukarkan keretaku kepada gear 'reserve'. Pedal minyak ditekan secara berhati-hati. Kenderaanku mula bergerak kebelakang.

Namun, secara tiba-tiba muncul sebuah kereta yang tidak diketahui kemunculannya terus memasuki secara laju ke dalam tempat parking tersebut. Akibatnya tercetuslah suatu gegaran yang agak kuat bagiku. Kereta kami berlanggaran antara satu sama lain. Aku terpaksa menekan brek secara mengejut. Tetapi apakan daya semua sudah terlambat.

"Ya Allah!! Kereta aku!". Aku segera melangkah keluar daripada kenderaan untuk melihat kadar keparahan kereta aku akibat pelanggaran yang kuat tadi.

Aku terkejut bukan kepalang sebaik sahaja melihat keadaan kereta aku yang boleh dikategorikan sebagai teruk.

Lelaki tersebut terus keluar daripada kenderaannya untuk memeriksa kerosakan keretanya.

"Mata you letak kat mana? Look what you have done to my car?!"

Lelaki tersebut memarahi aku sambil matanya memandang tepat ke arahku dengan renungan yang tajam.

"Saya rasa mata awak yang kena check doktor kot. Awak tanya kat mana mata saya. Sepatutnya saya yang tanya mata awak tu letak kat mana ya?".
           
“ Eee..mamat ni sabar jelah aku. Dah lah cuaca tengah panas ni kau pulak saje je nak naikkan darah aku”, monolog aku dalam hati.

"Maksud I tadi you ni sedar ke tak masa drive? Lain kali tengok kira kanan depan belakang boleh tak? Jangan asyik nak berangan je."

"Amboi-amboi....sedapnya mulut mengata orang. Ni saya nak tanya awak tak nampak ke saya tengah 'reverse'? Memang tak nampak ke atau buat-buat tak nampak?"

"Oh jadi salah I?"

"Yelah! Of course! Semestinya! Dah terang lagi bersuluh memang salah awak. Soalan senang tu pun nak tanya ke? Budak tadika pun tahu lah."

"Kejap. Apa kaitan budak tadika dengan semua ni? Motif?"

"Eee...apa-apa je lah. So, the point now is awak kena bayar ganti rugi kereta saya ni. Cek ke tunai?"

"I kena bayar? Am i hear right?"

"Yup! Nasib baik telinga awak masih berfungsi. Oh, kejap. Kalau saya tengok kadar kerosakan kereta saya ni. Mmm...saya anggarkan lebih kurang sepuluh ribu. Boleh?"

"No! Kenapa I yang kena bayar? Supposely you yang kena bayar tau. Not me."

"Oh no man. Saya tak setuju. Sangat tak setuju. Okay. Look. Firstly, you yang masuk parking I entah datang dari mana. Second, awak tak nampak signal reverse saya. Third,.."

Dia bagaikan ingin membantah namun aku sempat memotong kata-katanya.

"Kejap.I am not finish yet."

Dia membuat riak muka supaya aku meneruskan kata-kataku.

"Mana tadi. Oh ya thirdly, kalau saya buat report polis dah sah-sah awak yang bersalah. Sebab apa? Awak boleh tengok kerosakan kereta saya. Awak yang langgar saya dari belakang. So? Jelas? Any questions?"

"Dah habis?"

"Dah."

"Okay. Good. Now my turn. Firstly you cakap apa tadi? Oh parking. I nak tanya you parking ni ada tulis nama you ke? Secondly, I memang tak nampak pon kereta you nak masuk parking ni. Thirdly, oh you nak report polis. Okay. Fine. Silakan. Tapi you kena ingat juga yang you pun bersalah dan terlibat sama dalam masalah ni. You reverse secara laju dan membahayakan pemandu lain...."

"Awak jangan nak main-main dengan saya. Awak belum kenal siapa saya."

"Oh really? So do I care? You pun masih tak kenal I lagi tau. Kalau I buat report harini confirm muka you akan keluar paper esok."

"Awak ingat saya takut? Hah? Just look and see saya akan..."

Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku. Tiba-tiba kedengaran satu suara dari arah belakang. Kami menoleh secara serentak.

"Mama!"

Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang berlari ke arahku dengan mata yang bersinar-sinar. Tangannya didepakan tanda ingin memelukku.

Aku terus mengukirkan senyuman kegembiraan selepas melihat wajah comelnya. Tanganku depakan dan dalam beberapa saat dia sudah berada dalam dakapanku. Kami berpelukan erat sambil melepaskan rindu. Kelihatan kelibat seorang lelaki berjalan ke arahku dengan pandangan pelik melihat situasi yang sedang berlaku.

"Lia. What's happened?", tanyanya kepadaku.

"Dia..."

"Oh jadi you suami dia? Okay macam ni. Mr..."

"Kamarul"

"And you?"

"Oh just call me Taqif."

Mereka berjabat tangan tanda perkenalan.

"So what happen?"

"Okay Mr. Kamarul. Look tadi your wife dah langgar kereta I. So now I nak minta wife you supaya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dekat kereta I."

"What? She do what? Lia, explain to me now."

Aku kembali berdiri dan melepaskan pelukan Hana. Pandangan tajam aku berikan kepada lelaki tersebut.

"Okay. Look abang. This not like what you think now. Okay. Let me explain."

Aku membuat riak muka supaya diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan yang sebenarnya.

"Okay. Go on. Make it short"

"Okay. Tadi masa Lia nak reverse masuk parking tiba-tiba ada sebuah kereta yang entah datang dari mana tiba-tiba langgar kereta Lia dari belakang. Lia terkejut so Lia keluar and tengok dah jadi macam yang abang tengok sekarang ni."

"Hold on. So now you nak cakap accident ni semua salah I. Nonsense."

"It's make sense okay", celah aku geram.

"Penat lah cakap dengan orang yang tak faham bahasa ni. Cakap dengan itik lagi bagus."

"Ah baguslah. Saya tengok itik dengan awak pun takde beza."

"What?! You samakan itik dengan I?"

"So what?! Nak marah?! Nak tumbuk saya? Go on! Lagi senang nanti saya nak report. Sekali sumbat awak terus masuk lokap."

"Enough Lia!".

Suara Kamaruddin berjaya menghentikan pertengkaran antara kami. Mata kami secara automatik menoleh ke arahnya.

"Encik Taqif I'm so sorry with her attitude. Berkenaan ganti rugi encik Thaqif boleh beritahu saya. Saya akan bayar semuanya okay?"

"Okay.", balas Thaqif dengan senyumannya namun terhenti apabila terdengar suaraku.

"No!", bantah aku serentak.

"Lia please",  rayu Kamarul dengan nada suara supaya aku tidak masuk campur.

"Okay saya setuju. Ni kad saya. Is there any problem you can just call me", balas Kamarul sambil menghulurkan sekeping kad peribadinya.

"Wow! So your are Neurosurgery doktor?", tanya Taqif sambil meneliti kad di tangannya.

"Yup. And kalau encik Taqif ada rasa tak sihat atau perlukan apa-apa rawatan boleh terus datang jumpa saya."

"Okay. Thanks. And this is my card", kata Kamarul sambil turun menghulurkan kad peribadinya.

"Thank you too for your cooperation."

"My pleasure. Okay kalau takde apa-apa lagi I gerak dulu. If you don't mind?"

"Okay sure."

Mereka berjabat tangan dan dia terus berpaling lalu berjalan kearah keretanya. Setelah kelibat keretanya berlalu pergi aku terus menghamburkan rasa ketidakpuasan hati aku.

"Abang, Lia tak faham kenapa abang boleh senang-senang lepaskan dia macam tu? I just don't get it. Padahal dia yang bersalah langgar kereta Lia tadi."

"Lia please. Cuba Lia bayangkan kalau parent Lia tau pasal accident ni. Apa yang diorang akan cakap? Try think about it", kata Kamarul sambil merenung ke dalam mataku.

Aku hanya mampu melepaskan satu keluhan berat dan terpaksa menerima kata-katanya.

Tapi at least dia minta maaf kat Lia. Ni tak main pergi macam tu."

"Eh tadi dia dah minta maaf apa."

"Tu dengan abang. Bukan dengan Lia."

"Takkan merujuk kot. Ni ke Lia yang abang kenal?"

"Ee...tolong lah. Lia bukan merajuk cuma yelah tu kan adab kalau dah buat salah kena minta maaf. Tak susah pun kan?"

"Ni abang nak tanya. Tadi Lia ada minta maaf tak dekat dia?"

Zap! Aku bagaikan terkena kejutan elektrik mendengar kata-katanya. Bagaikan peluru yang terus menusuk ke dalam jantungku.

"Eh abang ni. Jangan nak bela dia boleh tak. Tak suka tau. Baru kenal nak back up dia dah."

"Lia, abang cuma nasihat je."

"Okay."

"Lagipun Lia kena faham tak lama lagi Faiz dah nak kahwin. Kalau benda ni berpanjangan abang takut akan ganggu persiapan majlis tu nanti. Lia nak jadi macam tu?"

"Baiklah tuan doktor. Lia minta maaf. Lia tak tau kenapa lately ni Lia sensitif sikit."

"Takpe. Abang faham. Ni mesti sebab abang Lia nak kahwin kot?"

"Ye kot. Haha. Tapi yang berkenaan ganti rugi..."

"It's okay Lia. Semua tu nanti abang bayarkan. Don't worry.

"No. Tu bukan maksud Lia. Lia rasa duit tu biar Lia yang bayar okay?"

"Takpe Lia."

"Abang please. Kali ni biar Lia yang bayar. Abang dah banyak tolong Lia. So kali ni please accept my decision. Okay?", kataku sambil mempamerkan riak muka penuh berharap.

"Okay. Fine. Tapi lepas ni jangan ungkit benda ni lagi. Promise?"

"Okay. Promise."

"Dah jom. Kesian Hana tunggu lama dari tadi. Lapar dia."

Aku bagaikan baru teringat berkenaan anakku. Serta merta mataku terarah ke bawah.

"Hana lapar ye sayang? Maafkan mama tau. Sian Hana tunggu lama."

"Tu lah Hana lapar tau tak tunggu mama dia dari tadi. Ingat mama tak nak datang jumpa Hana.", kata abang Kamarul bagi pihak si cilik itu.

Aku merenung ke dalam sepasang mata indah milik Hana permata hatiku. Terbit perasaan bersalah menyelubungi lubuk hatiku. Aku mengusap kepalanya dengan kasih sayang.

"Eh takkan lah mama tak nak datang jumpa Hana. Mama rindu tau kat Hana. Hana rindu tak kat mama?", tanyaku sekadar menduga.

"Mestilah Hana rindu mama. Sangat-sangat tau", katanya sambil memeluk tubuhku erat.

"Okay cukuplah dulu ye. Apa kata kalau kita pergi makan dulu. Jom!", celah Kamarul selepas agak lama babak melepaskan rindu antara aku dan Hana.

"Okay jom!", balas aku dan Hana serentak.

Kami berjalan beriringan menuju ke restoran berdekatan bagi mengisi perut yang semakin rancak berirama.

Wednesday, 11 May 2016

RECIPE BUTTER CHICKEN DELICIOUS AND SIMPLE

 Assalamualaikum and hi everyone...^_^ hope all of you stay healthy and happy. Today i want to share all readers one recipe that i have try today for lunch. it soo delicious and easy to make it. Lets see the ingredients and how to make it.

 Bahan perap ayam selama sejam ( sebelum masak ):
  • Dada ayam (bahagian isi) - ikut selera anda
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 setengah sudu besar gula
  • 1 setengah sudu besar serbuk kari
  • 1 biji telur
Bahan tumis :
  • 2 sudu besar buttercup
  • 2 cili hidup merah dihiris halus-halus
  • 7 biji cili padi dihiris halus-halus (mengikut selera)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan kiub pati ayam  'Maggi'
  • 1 cawan susu Low Fat Dutch Lady (kalau tiada boleh guna susu tepung yang dibancuh atau susu cair)

Cara memasak :
  1. Perap ayam selama 1 jam. Guna minyak masak secukupnya, goreng ayam hingga kekuningan. Selepas itu, angkat dan tos minyak.
  2. Letakkan 2 sudu besar buttercup dan bahan tumis, tumis semua cili dan daun kari sehingga naik aroma. 
  3. Kemudian masukkan tepung dan goreng hingga garing. 
  4. Kemudian masukkan susu, garam dan gula mengikut selera anda
  5. Apabila kuah sudah pekat , masukkan ayam yang telah digoreng tadi
  6. Jika anda rasa cair, letakkan tepung gandum (bancuh bersama air). Jika rasa pedas dan pekat, tambahkan susu.
  7. Done.....confirm sedap dan menjilat jari punyaaa....bertambah-tambah seisi keluarga. 
Akhir sekali, selamat menjamu selera dan sedikit penambahan lauk ini sesuai dimakan tidak kira waktu. Sangat enak dan mudah sekali. Sekian dan thanks to all readers dan sebarang penambahan boleh komen kepada saya. SELAMAT MENCUBA ^~^

Translate to english :
 
Chicken marinade for an hour (before cooking):

    Chicken breast (the body) - follow your appetite
    1 tablespoon salt
    1 tablespoon cornstarch
    1 and a half tablespoons of sugar
    1 and a half tablespoons curry powder
    1 egg

Saute ingredients:

    2 tablespoons buttercup
    2 red chillies life finely sliced
    7 seed chilli finely sliced ​​(according to taste)
    2 sprigs of curry leaves
    1 tablespoon flour
    1 cup chicken stock cube 'Maggi'
    1 cup milk Dutch Lady Low Fat (if no usable brewed milk powder or liquid milk)

 

Cooking method :

    Marinate the chicken for 1 hour. Use cooking oil to taste, fry the chicken until golden brown. After that, remove and drain the oil.
    Place 2 tablespoons of buttercups and material saute, fry the chillies and curry leaves until fragrant.
    Then add the flour and fry until crisp.
    Then add milk, salt and sugar to taste
    When the sauce is thick, add the chicken was fried earlier
    If you think the liquid, place the flour (mixed with water). If taste is spicy and thick, add milk.
 
   Done ..... confirm delicious and finger licking...hehe multiplied whole family.
 


Tuesday, 10 May 2016

MOTHER'S DAY

Assalamualaikum w.b.t. and hi my lovely readers ^~^
first of all deeply sorry sebab dah lama tak post apa2 kat blog ni <_> hehe
I hope that it still not to late to wish all mothers in the world "HAPPY MOTHERS DAY". I hope that all of you will always in bleassing of GOD. Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, mama, mak, mummy, ummi atau apa sahaja panggilan korang kepada orang yang melahirkan dan mejaga korang daripada kecil harap dapat hargai mereka selagi mereka masih ada. Jangan lupa akan jasa dan pengorbanan mereka yang selama ini bersusah-payah dalam membesarkan dan menjaga kita tanpa sebarang keluahan. Bercakap tentang ibu saya teringat akan satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud : seorang sahabat Nabi bertanya kepada Nabi siapakah orang yang paling layak dihormati dan disanjung? Maka jawab Nabi ibumu. Lalu sahabat Nabi bertanya lagi selepas itu? Jawab Nabi ibumu. Sahabat bertanya lagi selepas itu? Jawab Nabi ibumu. Selepas itu? Jawab Nabi selepas itu barulah ayahmu. Daripada hadis ni kita dapat mengetahui betapa tingginya darjat seorang ibu berbanding ayah. Apa yang saya hendak tekankan bukan ayah tidak mempunyai peranan tetapi ketahuilah bahawa ibu mempunyai peranan dan darjat yang tinggi dalam Islam yang tidak dapat kita nafikan. Saya percaya semua pembaca merupakan seorang anak yang sangat baik dan taat. Oleh itu, janganlah kita mensiakan2 mereka walaupun sedetik kerana apabila mereka sudah tiada nanti apa yang mampu kita sedekahkan hanyalah surah Al-Fatihah dan doakan kesejahteraan mereka disana. Itulah sebaik2 perbuatan dan amalan seorang anak kepada ibu dan ayah.
Sekian daripada saya. Apayang saya tulis pesanan dan peringatan untuk diri saya juga kerana selagi bergelar manusia kita tidak terlepas daripada sikap dan sifat pelupa. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya ini. Andai ada tekasar atau terasa maaf saya ucapkan. Ahh... sebelum terlupa haritu saya sempat buat kek untuk mama saya.hehe. kira first time bake cake lah..tapi okay lah sebab boleh telan. hehe Sebelum saya akhiri penulisan ini saya ingin mengucapkan selamat hari ibu buat mama tersayang saya Amnah binti Raya dan terima kasih kerana selama ini sanggup bersusah-payah dalam membesarkan saya dan adik-beradik lain. terima kasih mama. I LOVE YOU ALWAYSS. HOPE YOU STAY HEALTHY AND IN THE MERCY OF ALLAH. LOVE YOU SO MUCHHH

alhamdulillah jadi juga akhrinyaa.hehe^~^

Sekian semua^_^ Semoga hari anda dipermudahkan segala urusan. take care for your mother while they were still alive or you will regret after there were gone.


Wednesday, 4 May 2016

69 JAM DI NERAKA ZIONIS

Hai! Assalamualaikum semuaa pembaca^_^

Untuk entry kedua saya ni saya nak kongsi sikit pasal satu buku ni. Semalam saya ada terbaca satu buku yang bertajuk "69 jam di neraka Zionis" karya Noorazaman Mohd Samsuddin. Buku ni sangat best sebab selain daripada tulisan buku ni juga terdapat gambar2 pengalaman beliau semasa pelayaran bersama2 aktivis dan para sukarelawan menaiki kapal Mavi Marmara. Dalam buku ni ada sebanyak 20 bab tapi yang peliknya bila korang baca buku ni korang takkan rasa bosan tapi sebalikknya nak tahu lebih lanjut apa yang berlaku. Mungkin pembaca semua dah pernah dengar pasal peristiwa berdarah sukarelawan negara dan para sukarelawan yang telah dicederakan dan ada yang telah syahid dan dibunuh tanpa belas kasihan oleh tentera Zionis.

Konvoi ini disertai sebanyak 6 kapal dan bergerak ke destinasi Gaza. Detik2 cemas berlaku pada 30 Mei 2010 pada pukul 9:00 malam apabila kapal tersebut telah dikepung oleh tentera Zionis. Kapal ini terdapat 5 dek @  tingkat. Tetapi keadaan masih boleh dikawal apabila para sukarelawan bergilir2 berjaga apabila azan subuh telah berkumandang pada jam 4:00 pagi. Keadaan yang disangka tenang akhirnya meletus apabila semasa para sukarelawan sedang menunaikan solat subuh berjemaahn mereka telah  diserang dengan kejam. Kapal tersebut mula diserang dari arah laut dan udara tanpa perikemanusiaan oleh tentera Zionis.  Helikopter datang bersama penembak hendap(sniper) telah menembak dengan rambang ke arah sukarelawan. Suasana tegang ketika serangan berlaku dan berlaku banyak pertumpahan darah para syahid.  Banyak kematiaan dan kaecederaan berlaku akibat tembakan rambang yang dilakukan oleh tentera Zionis walaupun para sukarelawan tidak melawan tetapi tembakan tetap disasarkan tidak kira siapa termasuk wanita dan kanak2 yang tidak berdosa. Terdapat juga sukarelawan yang diculik oleh tentera Zionis. Pada masa yang sama terdapat tawanan tentera Zionis dalam jagaan para sukarelawan. Walaupun tawanan cedera tetapi mereka tetap diberi rawatan yang sebaikknya oleh para sukarelawan. Hal ini menimbulkan ketidakpuas hati kepada ahli sukarelawan mengapa perlu merawat orang yang telah membunuh sahabat sukarelawan mereka. Tetapi penulis menjelaskan kita tidak boleh mencederakan para tawanan walaupun mereka merupakan musuh kita kerana Islam tidak kejam terhadap musuh. Kalau pembaca nak tahu dengan lebih mendalam boleh baca dalam buku ini yang bertajuk 69 Jam di neraka Zionis karya Noorazman Mohd Samsuddin.Terima kasih dan maaf andai ada kesilapan dan kekurangan dalam tulisan saya kali ini. Harap dapat beri komen dan cadangan untuk penulisan berikut saya. Terima kasih semuaa.. Akhir kata cuba fikir apakah tindakan kita seterusnya sampai bilakah kita harus tutup mata dan pekakkan telinga dengan semua kekejaman yang telah dilakukan oleh para tentera Zionis kerana isu Palestin dan Gaza tidaklah asing bagi kita dan apakah tindakkan kita sebaliknya. Selamat berfikir^~^ Saya ada lampirkan sedikit gambar daripada buku ini untuk para pembaca.














Tuesday, 3 May 2016

STRETCHES FOR WOMEN

Hai everyonee^_^ untuk blog saya yang pertama ni saya nak kongsi sikit berkenaan senaman sebab saya yakin kat luar sana ramai sangat yang mementingkan soal badan ni kan?? So, antara tips2nya ialah:

Antara senaman yang mudah dilakukan ialah:
  • plank - senaman ni kalau tak biasa buat dan mungkin baru permulaan nak cuba memang agak sukar tapi ia sangat bagus dilakukan untuk merengangkan tubuh badan anda. Paling bagus kalau saya akan lakukan selama seminit. Tapi untuk permulaan selama 30 minit cukup bagus.
  •  core / side stretch _ senaman ini juga mudah dilakukan dan bagus untuk warm up badan kita untuk bahagian otot atau muscles kita. Cadangan masa ialah selama 15 saat dan dilakukan sebanyak tiga kali.  
  •