BAB 1
Suara DJ berceloteh di radio tidak mampu menenangkan aku. Apa yang
ada dalam mindaku saat ini ialah tiba segera ke destinasi sesegera yang
mungkin. Pedal minyakku tekan kuat bagi melajukan kenderaanku. Nasib baik tiada
polis peronda yang menjaga kawasan ini pada ketika ini. Banyak kereta telah aku
potong. Tiba-tiba bunyi telefon bimbitku berbunyi. Tanganku pantas menekan
butang 'accept' yang tertera di stering keretaku.
"Hello, Assalamualaikum abang."
"Waalaikumussalam. Lia kat mana ni? Dah lama abang dengan Hana
tunggu."
"Ala abang... Lia minta maaf sangat-sangat. Lia terbangun
lambat tadi. Terlajak tidur. Semalam penat sangat kena siapkan kerja."
"Lia ni macam-macam lah. Habis tu sekarang kat mana? Abang
kesian je dekat Hana ni. Dari tadi merengek tanya mana mama dia."
"Okay-okay. Lia tengah drive ni. Lagi sepuluh minit Lia
sampai. Abang cakap kat Hana kejap je lagi mama dia sampai. Ni pun Lia dah
habis tekan minyak ni. Kalau ada gear terbang dah lama Lia terbang."
"Astagfirullah al-azim Lia. Bawak kereta tu hati-hati. Jangan
nak 'action' sangat. Bawak macam biasa je. Nanti kalau jadi apa...."
"Abang jugak yang susahkan? Lia tahu. Okay abang. Lia tengah
drive ni tak boleh cakap lama-lama. See you there. Bye. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam.
Talian diputuskan dan aku segera memecut laju selepas kelihatan
papan tanda yang menunjukkan laluan Shah Alam hampir 8 kilometer lagi.
Terbayang wajah comel dan keletah Hana yang paling aku rindui. Sudah hampir 2
minggu aku tidak berjumpa dengannya akibat kesibukkan kerja yang memaksa aku
'outstation'. "Hana sayang, sabar ye sikit lagi mama sampai!", detik
hati kecilku.
SELEPAS memasuki kawasan yang dijanjikan, mata aku segera melilau untuk
mencari parking yang masih kosong. Tetapi malang nasibku kerana sudah hampir
lima kali pusingan namun masih tiada satu pun kereta yang ingin keluar.
Tiba-tiba kelihatan sebuah kereta yang ingin keluar. Hatiku segera
berbunga riang. Aku memberinya laluan agar memudahkannya untuk keluar. Setelah
kereta tersebut keluar aku bergerak ke hadapan, aku bersiap sedia untuk
memasuki parking tersebut. Aku lebih mahir sekiranya parking secara mengundur
kerana memudahkan aku untuk keluar. Aku menukarkan keretaku kepada gear
'reserve'. Pedal minyak ditekan secara berhati-hati. Kenderaanku mula bergerak
kebelakang.
Namun, secara tiba-tiba muncul sebuah kereta yang tidak diketahui
kemunculannya terus memasuki secara laju ke dalam tempat parking tersebut.
Akibatnya tercetuslah suatu gegaran yang agak kuat bagiku. Kereta kami
berlanggaran antara satu sama lain. Aku terpaksa menekan brek secara mengejut.
Tetapi apakan daya semua sudah terlambat.
"Ya Allah!! Kereta aku!". Aku segera melangkah keluar
daripada kenderaan untuk melihat kadar keparahan kereta aku akibat pelanggaran
yang kuat tadi.
Aku terkejut bukan kepalang sebaik sahaja melihat keadaan kereta
aku yang boleh dikategorikan sebagai teruk.
Lelaki tersebut terus keluar daripada kenderaannya untuk memeriksa
kerosakan keretanya.
"Mata you letak kat mana? Look what you have done to my
car?!"
Lelaki tersebut memarahi aku sambil matanya memandang tepat ke
arahku dengan renungan yang tajam.
"Saya rasa mata awak yang kena check doktor kot. Awak tanya
kat mana mata saya. Sepatutnya saya yang tanya mata awak tu letak kat mana ya?".
“ Eee..mamat ni sabar jelah aku. Dah lah cuaca tengah panas ni kau
pulak saje je nak naikkan darah aku”, monolog aku dalam hati.
"Maksud I tadi you ni sedar ke tak masa drive? Lain kali
tengok kira kanan depan belakang boleh tak? Jangan asyik nak berangan je."
"Amboi-amboi....sedapnya mulut mengata orang. Ni saya nak
tanya awak tak nampak ke saya tengah 'reverse'? Memang tak nampak ke atau
buat-buat tak nampak?"
"Oh jadi salah I?"
"Yelah! Of course! Semestinya! Dah terang lagi bersuluh memang
salah awak. Soalan senang tu pun nak tanya ke? Budak tadika pun tahu lah."
"Kejap. Apa kaitan budak tadika dengan semua ni? Motif?"
"Eee...apa-apa je lah. So, the point now is awak kena bayar
ganti rugi kereta saya ni. Cek ke tunai?"
"I kena bayar? Am i hear right?"
"Yup! Nasib baik telinga awak masih berfungsi. Oh, kejap.
Kalau saya tengok kadar kerosakan kereta saya ni. Mmm...saya anggarkan lebih
kurang sepuluh ribu. Boleh?"
"No! Kenapa I yang kena bayar? Supposely you yang kena bayar
tau. Not me."
"Oh no man. Saya tak setuju. Sangat tak setuju. Okay. Look.
Firstly, you yang masuk parking I entah datang dari mana. Second, awak tak
nampak signal reverse saya. Third,.."
Dia bagaikan ingin membantah namun aku sempat memotong
kata-katanya.
"Kejap.I am not finish yet."
Dia membuat riak muka supaya aku meneruskan kata-kataku.
"Mana tadi. Oh ya thirdly, kalau saya buat report polis dah
sah-sah awak yang bersalah. Sebab apa? Awak boleh tengok kerosakan kereta saya.
Awak yang langgar saya dari belakang. So? Jelas? Any questions?"
"Dah habis?"
"Dah."
"Okay. Good. Now my turn. Firstly you cakap apa tadi? Oh
parking. I nak tanya you parking ni ada tulis nama you ke? Secondly, I memang
tak nampak pon kereta you nak masuk parking ni. Thirdly, oh you nak report
polis. Okay. Fine. Silakan. Tapi you kena ingat juga yang you pun bersalah dan
terlibat sama dalam masalah ni. You reverse secara laju dan membahayakan
pemandu lain...."
"Awak jangan nak main-main dengan saya. Awak belum kenal siapa
saya."
"Oh really? So do I care? You pun masih tak kenal I lagi tau.
Kalau I buat report harini confirm muka you akan keluar paper esok."
"Awak ingat saya takut? Hah? Just look and see saya
akan..."
Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku. Tiba-tiba kedengaran
satu suara dari arah belakang. Kami menoleh secara serentak.
"Mama!"
Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang berlari ke arahku
dengan mata yang bersinar-sinar. Tangannya didepakan tanda ingin memelukku.
Aku terus mengukirkan senyuman kegembiraan selepas melihat wajah
comelnya. Tanganku depakan dan dalam beberapa saat dia sudah berada dalam
dakapanku. Kami berpelukan erat sambil melepaskan rindu. Kelihatan kelibat
seorang lelaki berjalan ke arahku dengan pandangan pelik melihat situasi yang
sedang berlaku.
"Lia. What's happened?", tanyanya kepadaku.
"Dia..."
"Oh jadi you suami dia? Okay macam ni. Mr..."
"Kamarul"
"And you?"
"Oh just call me Taqif."
Mereka berjabat tangan tanda perkenalan.
"So what happen?"
"Okay Mr. Kamarul. Look tadi your wife dah langgar kereta I.
So now I nak minta wife you supaya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku
dekat kereta I."
"What? She do what? Lia, explain to me now."
Aku kembali berdiri dan melepaskan pelukan Hana. Pandangan tajam
aku berikan kepada lelaki tersebut.
"Okay. Look abang. This not like what you think now. Okay. Let
me explain."
Aku membuat riak muka supaya diberikan peluang untuk menjelaskan
keadaan yang sebenarnya.
"Okay. Go on. Make it short"
"Okay. Tadi masa Lia nak reverse masuk parking tiba-tiba ada
sebuah kereta yang entah datang dari mana tiba-tiba langgar kereta Lia dari
belakang. Lia terkejut so Lia keluar and tengok dah jadi macam yang abang
tengok sekarang ni."
"Hold on. So now you nak cakap accident ni semua salah I.
Nonsense."
"It's make sense okay", celah aku geram.
"Penat lah cakap dengan orang yang tak faham bahasa ni. Cakap
dengan itik lagi bagus."
"Ah baguslah. Saya tengok itik dengan awak pun takde
beza."
"What?! You samakan itik dengan I?"
"So what?! Nak marah?! Nak tumbuk saya? Go on! Lagi senang
nanti saya nak report. Sekali sumbat awak terus masuk lokap."
"Enough Lia!".
Suara Kamaruddin berjaya menghentikan pertengkaran antara kami.
Mata kami secara automatik menoleh ke arahnya.
"Encik Taqif I'm so sorry with her attitude. Berkenaan ganti
rugi encik Thaqif boleh beritahu saya. Saya akan bayar semuanya okay?"
"Okay.", balas Thaqif dengan senyumannya namun terhenti
apabila terdengar suaraku.
"No!", bantah aku serentak.
"Lia please", rayu
Kamarul dengan nada suara supaya aku tidak masuk campur.
"Okay saya setuju. Ni kad saya. Is there any problem you can
just call me", balas Kamarul sambil menghulurkan sekeping kad peribadinya.
"Wow! So your are Neurosurgery doktor?", tanya Taqif
sambil meneliti kad di tangannya.
"Yup. And kalau encik Taqif ada rasa tak sihat atau perlukan
apa-apa rawatan boleh terus datang jumpa saya."
"Okay. Thanks. And this is my card", kata Kamarul sambil
turun menghulurkan kad peribadinya.
"Thank you too for your cooperation."
"My pleasure. Okay kalau takde apa-apa lagi I gerak dulu. If
you don't mind?"
"Okay sure."
Mereka berjabat tangan dan dia terus berpaling lalu berjalan kearah
keretanya. Setelah kelibat keretanya berlalu pergi aku terus menghamburkan rasa
ketidakpuasan hati aku.
"Abang, Lia tak faham kenapa abang boleh senang-senang
lepaskan dia macam tu? I just don't get it. Padahal dia yang bersalah langgar
kereta Lia tadi."
"Lia please. Cuba Lia bayangkan kalau parent Lia tau pasal
accident ni. Apa yang diorang akan cakap? Try think about it", kata
Kamarul sambil merenung ke dalam mataku.
Aku hanya mampu melepaskan satu keluhan berat dan terpaksa menerima
kata-katanya.
Tapi at least dia minta maaf kat Lia. Ni tak main pergi macam
tu."
"Eh tadi dia dah minta maaf apa."
"Tu dengan abang. Bukan dengan Lia."
"Takkan merujuk kot. Ni ke Lia yang abang kenal?"
"Ee...tolong lah. Lia bukan merajuk cuma yelah tu kan adab
kalau dah buat salah kena minta maaf. Tak susah pun kan?"
"Ni abang nak tanya. Tadi Lia ada minta maaf tak dekat
dia?"
Zap! Aku bagaikan terkena kejutan elektrik mendengar kata-katanya.
Bagaikan peluru yang terus menusuk ke dalam jantungku.
"Eh abang ni. Jangan nak bela dia boleh tak. Tak suka tau.
Baru kenal nak back up dia dah."
"Lia, abang cuma nasihat je."
"Okay."
"Lagipun Lia kena faham tak lama lagi Faiz dah nak kahwin.
Kalau benda ni berpanjangan abang takut akan ganggu persiapan majlis tu nanti.
Lia nak jadi macam tu?"
"Baiklah tuan doktor. Lia minta maaf. Lia tak tau kenapa
lately ni Lia sensitif sikit."
"Takpe. Abang faham. Ni mesti sebab abang Lia nak kahwin
kot?"
"Ye kot. Haha. Tapi yang berkenaan ganti rugi..."
"It's okay Lia. Semua tu nanti abang bayarkan. Don't worry.
"No. Tu bukan maksud Lia. Lia rasa duit tu biar Lia yang bayar
okay?"
"Takpe Lia."
"Abang please. Kali ni biar Lia yang bayar. Abang dah banyak
tolong Lia. So kali ni please accept my decision. Okay?", kataku sambil mempamerkan
riak muka penuh berharap.
"Okay. Fine. Tapi lepas ni jangan ungkit benda ni lagi.
Promise?"
"Okay. Promise."
"Dah jom. Kesian Hana tunggu lama dari tadi. Lapar dia."
Aku bagaikan baru teringat berkenaan anakku. Serta merta mataku
terarah ke bawah.
"Hana lapar ye sayang? Maafkan mama tau. Sian Hana tunggu
lama."
"Tu lah Hana lapar tau tak tunggu mama dia dari tadi. Ingat
mama tak nak datang jumpa Hana.", kata abang Kamarul bagi pihak si cilik
itu.
Aku merenung ke dalam sepasang mata indah milik Hana permata
hatiku. Terbit perasaan bersalah menyelubungi lubuk hatiku. Aku mengusap
kepalanya dengan kasih sayang.
"Eh takkan lah mama tak nak datang jumpa Hana. Mama rindu tau
kat Hana. Hana rindu tak kat mama?", tanyaku sekadar menduga.
"Mestilah Hana rindu mama. Sangat-sangat tau", katanya
sambil memeluk tubuhku erat.
"Okay cukuplah dulu ye. Apa kata kalau kita pergi makan dulu.
Jom!", celah Kamarul selepas agak lama babak melepaskan rindu antara aku
dan Hana.
"Okay jom!", balas aku dan Hana serentak.
Kami berjalan beriringan menuju ke restoran berdekatan bagi mengisi
perut yang semakin rancak berirama.
No comments:
Post a Comment