Wednesday, 11 May 2016

RECIPE BUTTER CHICKEN DELICIOUS AND SIMPLE

 Assalamualaikum and hi everyone...^_^ hope all of you stay healthy and happy. Today i want to share all readers one recipe that i have try today for lunch. it soo delicious and easy to make it. Lets see the ingredients and how to make it.

 Bahan perap ayam selama sejam ( sebelum masak ):
  • Dada ayam (bahagian isi) - ikut selera anda
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 setengah sudu besar gula
  • 1 setengah sudu besar serbuk kari
  • 1 biji telur
Bahan tumis :
  • 2 sudu besar buttercup
  • 2 cili hidup merah dihiris halus-halus
  • 7 biji cili padi dihiris halus-halus (mengikut selera)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan kiub pati ayam  'Maggi'
  • 1 cawan susu Low Fat Dutch Lady (kalau tiada boleh guna susu tepung yang dibancuh atau susu cair)

Cara memasak :
  1. Perap ayam selama 1 jam. Guna minyak masak secukupnya, goreng ayam hingga kekuningan. Selepas itu, angkat dan tos minyak.
  2. Letakkan 2 sudu besar buttercup dan bahan tumis, tumis semua cili dan daun kari sehingga naik aroma. 
  3. Kemudian masukkan tepung dan goreng hingga garing. 
  4. Kemudian masukkan susu, garam dan gula mengikut selera anda
  5. Apabila kuah sudah pekat , masukkan ayam yang telah digoreng tadi
  6. Jika anda rasa cair, letakkan tepung gandum (bancuh bersama air). Jika rasa pedas dan pekat, tambahkan susu.
  7. Done.....confirm sedap dan menjilat jari punyaaa....bertambah-tambah seisi keluarga. 
Akhir sekali, selamat menjamu selera dan sedikit penambahan lauk ini sesuai dimakan tidak kira waktu. Sangat enak dan mudah sekali. Sekian dan thanks to all readers dan sebarang penambahan boleh komen kepada saya. SELAMAT MENCUBA ^~^

Translate to english :
 
Chicken marinade for an hour (before cooking):

    Chicken breast (the body) - follow your appetite
    1 tablespoon salt
    1 tablespoon cornstarch
    1 and a half tablespoons of sugar
    1 and a half tablespoons curry powder
    1 egg

Saute ingredients:

    2 tablespoons buttercup
    2 red chillies life finely sliced
    7 seed chilli finely sliced ​​(according to taste)
    2 sprigs of curry leaves
    1 tablespoon flour
    1 cup chicken stock cube 'Maggi'
    1 cup milk Dutch Lady Low Fat (if no usable brewed milk powder or liquid milk)

 

Cooking method :

    Marinate the chicken for 1 hour. Use cooking oil to taste, fry the chicken until golden brown. After that, remove and drain the oil.
    Place 2 tablespoons of buttercups and material saute, fry the chillies and curry leaves until fragrant.
    Then add the flour and fry until crisp.
    Then add milk, salt and sugar to taste
    When the sauce is thick, add the chicken was fried earlier
    If you think the liquid, place the flour (mixed with water). If taste is spicy and thick, add milk.
 
   Done ..... confirm delicious and finger licking...hehe multiplied whole family.
 


Tuesday, 10 May 2016

MOTHER'S DAY

Assalamualaikum w.b.t. and hi my lovely readers ^~^
first of all deeply sorry sebab dah lama tak post apa2 kat blog ni <_> hehe
I hope that it still not to late to wish all mothers in the world "HAPPY MOTHERS DAY". I hope that all of you will always in bleassing of GOD. Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, mama, mak, mummy, ummi atau apa sahaja panggilan korang kepada orang yang melahirkan dan mejaga korang daripada kecil harap dapat hargai mereka selagi mereka masih ada. Jangan lupa akan jasa dan pengorbanan mereka yang selama ini bersusah-payah dalam membesarkan dan menjaga kita tanpa sebarang keluahan. Bercakap tentang ibu saya teringat akan satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud : seorang sahabat Nabi bertanya kepada Nabi siapakah orang yang paling layak dihormati dan disanjung? Maka jawab Nabi ibumu. Lalu sahabat Nabi bertanya lagi selepas itu? Jawab Nabi ibumu. Sahabat bertanya lagi selepas itu? Jawab Nabi ibumu. Selepas itu? Jawab Nabi selepas itu barulah ayahmu. Daripada hadis ni kita dapat mengetahui betapa tingginya darjat seorang ibu berbanding ayah. Apa yang saya hendak tekankan bukan ayah tidak mempunyai peranan tetapi ketahuilah bahawa ibu mempunyai peranan dan darjat yang tinggi dalam Islam yang tidak dapat kita nafikan. Saya percaya semua pembaca merupakan seorang anak yang sangat baik dan taat. Oleh itu, janganlah kita mensiakan2 mereka walaupun sedetik kerana apabila mereka sudah tiada nanti apa yang mampu kita sedekahkan hanyalah surah Al-Fatihah dan doakan kesejahteraan mereka disana. Itulah sebaik2 perbuatan dan amalan seorang anak kepada ibu dan ayah.
Sekian daripada saya. Apayang saya tulis pesanan dan peringatan untuk diri saya juga kerana selagi bergelar manusia kita tidak terlepas daripada sikap dan sifat pelupa. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya ini. Andai ada tekasar atau terasa maaf saya ucapkan. Ahh... sebelum terlupa haritu saya sempat buat kek untuk mama saya.hehe. kira first time bake cake lah..tapi okay lah sebab boleh telan. hehe Sebelum saya akhiri penulisan ini saya ingin mengucapkan selamat hari ibu buat mama tersayang saya Amnah binti Raya dan terima kasih kerana selama ini sanggup bersusah-payah dalam membesarkan saya dan adik-beradik lain. terima kasih mama. I LOVE YOU ALWAYSS. HOPE YOU STAY HEALTHY AND IN THE MERCY OF ALLAH. LOVE YOU SO MUCHHH

alhamdulillah jadi juga akhrinyaa.hehe^~^

Sekian semua^_^ Semoga hari anda dipermudahkan segala urusan. take care for your mother while they were still alive or you will regret after there were gone.


Wednesday, 4 May 2016

69 JAM DI NERAKA ZIONIS

Hai! Assalamualaikum semuaa pembaca^_^

Untuk entry kedua saya ni saya nak kongsi sikit pasal satu buku ni. Semalam saya ada terbaca satu buku yang bertajuk "69 jam di neraka Zionis" karya Noorazaman Mohd Samsuddin. Buku ni sangat best sebab selain daripada tulisan buku ni juga terdapat gambar2 pengalaman beliau semasa pelayaran bersama2 aktivis dan para sukarelawan menaiki kapal Mavi Marmara. Dalam buku ni ada sebanyak 20 bab tapi yang peliknya bila korang baca buku ni korang takkan rasa bosan tapi sebalikknya nak tahu lebih lanjut apa yang berlaku. Mungkin pembaca semua dah pernah dengar pasal peristiwa berdarah sukarelawan negara dan para sukarelawan yang telah dicederakan dan ada yang telah syahid dan dibunuh tanpa belas kasihan oleh tentera Zionis.

Konvoi ini disertai sebanyak 6 kapal dan bergerak ke destinasi Gaza. Detik2 cemas berlaku pada 30 Mei 2010 pada pukul 9:00 malam apabila kapal tersebut telah dikepung oleh tentera Zionis. Kapal ini terdapat 5 dek @  tingkat. Tetapi keadaan masih boleh dikawal apabila para sukarelawan bergilir2 berjaga apabila azan subuh telah berkumandang pada jam 4:00 pagi. Keadaan yang disangka tenang akhirnya meletus apabila semasa para sukarelawan sedang menunaikan solat subuh berjemaahn mereka telah  diserang dengan kejam. Kapal tersebut mula diserang dari arah laut dan udara tanpa perikemanusiaan oleh tentera Zionis.  Helikopter datang bersama penembak hendap(sniper) telah menembak dengan rambang ke arah sukarelawan. Suasana tegang ketika serangan berlaku dan berlaku banyak pertumpahan darah para syahid.  Banyak kematiaan dan kaecederaan berlaku akibat tembakan rambang yang dilakukan oleh tentera Zionis walaupun para sukarelawan tidak melawan tetapi tembakan tetap disasarkan tidak kira siapa termasuk wanita dan kanak2 yang tidak berdosa. Terdapat juga sukarelawan yang diculik oleh tentera Zionis. Pada masa yang sama terdapat tawanan tentera Zionis dalam jagaan para sukarelawan. Walaupun tawanan cedera tetapi mereka tetap diberi rawatan yang sebaikknya oleh para sukarelawan. Hal ini menimbulkan ketidakpuas hati kepada ahli sukarelawan mengapa perlu merawat orang yang telah membunuh sahabat sukarelawan mereka. Tetapi penulis menjelaskan kita tidak boleh mencederakan para tawanan walaupun mereka merupakan musuh kita kerana Islam tidak kejam terhadap musuh. Kalau pembaca nak tahu dengan lebih mendalam boleh baca dalam buku ini yang bertajuk 69 Jam di neraka Zionis karya Noorazman Mohd Samsuddin.Terima kasih dan maaf andai ada kesilapan dan kekurangan dalam tulisan saya kali ini. Harap dapat beri komen dan cadangan untuk penulisan berikut saya. Terima kasih semuaa.. Akhir kata cuba fikir apakah tindakan kita seterusnya sampai bilakah kita harus tutup mata dan pekakkan telinga dengan semua kekejaman yang telah dilakukan oleh para tentera Zionis kerana isu Palestin dan Gaza tidaklah asing bagi kita dan apakah tindakkan kita sebaliknya. Selamat berfikir^~^ Saya ada lampirkan sedikit gambar daripada buku ini untuk para pembaca.














Tuesday, 3 May 2016

STRETCHES FOR WOMEN

Hai everyonee^_^ untuk blog saya yang pertama ni saya nak kongsi sikit berkenaan senaman sebab saya yakin kat luar sana ramai sangat yang mementingkan soal badan ni kan?? So, antara tips2nya ialah:

Antara senaman yang mudah dilakukan ialah:
  • plank - senaman ni kalau tak biasa buat dan mungkin baru permulaan nak cuba memang agak sukar tapi ia sangat bagus dilakukan untuk merengangkan tubuh badan anda. Paling bagus kalau saya akan lakukan selama seminit. Tapi untuk permulaan selama 30 minit cukup bagus.
  •  core / side stretch _ senaman ini juga mudah dilakukan dan bagus untuk warm up badan kita untuk bahagian otot atau muscles kita. Cadangan masa ialah selama 15 saat dan dilakukan sebanyak tiga kali.  
  •