Wednesday, 4 May 2016

69 JAM DI NERAKA ZIONIS

Hai! Assalamualaikum semuaa pembaca^_^

Untuk entry kedua saya ni saya nak kongsi sikit pasal satu buku ni. Semalam saya ada terbaca satu buku yang bertajuk "69 jam di neraka Zionis" karya Noorazaman Mohd Samsuddin. Buku ni sangat best sebab selain daripada tulisan buku ni juga terdapat gambar2 pengalaman beliau semasa pelayaran bersama2 aktivis dan para sukarelawan menaiki kapal Mavi Marmara. Dalam buku ni ada sebanyak 20 bab tapi yang peliknya bila korang baca buku ni korang takkan rasa bosan tapi sebalikknya nak tahu lebih lanjut apa yang berlaku. Mungkin pembaca semua dah pernah dengar pasal peristiwa berdarah sukarelawan negara dan para sukarelawan yang telah dicederakan dan ada yang telah syahid dan dibunuh tanpa belas kasihan oleh tentera Zionis.

Konvoi ini disertai sebanyak 6 kapal dan bergerak ke destinasi Gaza. Detik2 cemas berlaku pada 30 Mei 2010 pada pukul 9:00 malam apabila kapal tersebut telah dikepung oleh tentera Zionis. Kapal ini terdapat 5 dek @  tingkat. Tetapi keadaan masih boleh dikawal apabila para sukarelawan bergilir2 berjaga apabila azan subuh telah berkumandang pada jam 4:00 pagi. Keadaan yang disangka tenang akhirnya meletus apabila semasa para sukarelawan sedang menunaikan solat subuh berjemaahn mereka telah  diserang dengan kejam. Kapal tersebut mula diserang dari arah laut dan udara tanpa perikemanusiaan oleh tentera Zionis.  Helikopter datang bersama penembak hendap(sniper) telah menembak dengan rambang ke arah sukarelawan. Suasana tegang ketika serangan berlaku dan berlaku banyak pertumpahan darah para syahid.  Banyak kematiaan dan kaecederaan berlaku akibat tembakan rambang yang dilakukan oleh tentera Zionis walaupun para sukarelawan tidak melawan tetapi tembakan tetap disasarkan tidak kira siapa termasuk wanita dan kanak2 yang tidak berdosa. Terdapat juga sukarelawan yang diculik oleh tentera Zionis. Pada masa yang sama terdapat tawanan tentera Zionis dalam jagaan para sukarelawan. Walaupun tawanan cedera tetapi mereka tetap diberi rawatan yang sebaikknya oleh para sukarelawan. Hal ini menimbulkan ketidakpuas hati kepada ahli sukarelawan mengapa perlu merawat orang yang telah membunuh sahabat sukarelawan mereka. Tetapi penulis menjelaskan kita tidak boleh mencederakan para tawanan walaupun mereka merupakan musuh kita kerana Islam tidak kejam terhadap musuh. Kalau pembaca nak tahu dengan lebih mendalam boleh baca dalam buku ini yang bertajuk 69 Jam di neraka Zionis karya Noorazman Mohd Samsuddin.Terima kasih dan maaf andai ada kesilapan dan kekurangan dalam tulisan saya kali ini. Harap dapat beri komen dan cadangan untuk penulisan berikut saya. Terima kasih semuaa.. Akhir kata cuba fikir apakah tindakan kita seterusnya sampai bilakah kita harus tutup mata dan pekakkan telinga dengan semua kekejaman yang telah dilakukan oleh para tentera Zionis kerana isu Palestin dan Gaza tidaklah asing bagi kita dan apakah tindakkan kita sebaliknya. Selamat berfikir^~^ Saya ada lampirkan sedikit gambar daripada buku ini untuk para pembaca.














No comments:

Post a Comment