Assalamualaikum w.b.t. and hi my lovely readers ^~^
first of all deeply sorry sebab dah lama tak post apa2 kat blog ni <_> hehe
I hope that it still not to late to wish all mothers in the world "HAPPY MOTHERS DAY". I hope that all of you will always in bleassing of GOD. Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, mama, mak, mummy, ummi atau apa sahaja panggilan korang kepada orang yang melahirkan dan mejaga korang daripada kecil harap dapat hargai mereka selagi mereka masih ada. Jangan lupa akan jasa dan pengorbanan mereka yang selama ini bersusah-payah dalam membesarkan dan menjaga kita tanpa sebarang keluahan. Bercakap tentang ibu saya teringat akan satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud : seorang sahabat Nabi bertanya kepada Nabi siapakah orang yang paling layak dihormati dan disanjung? Maka jawab Nabi ibumu. Lalu sahabat Nabi bertanya lagi selepas itu? Jawab Nabi ibumu. Sahabat bertanya lagi selepas itu? Jawab Nabi ibumu. Selepas itu? Jawab Nabi selepas itu barulah ayahmu. Daripada hadis ni kita dapat mengetahui betapa tingginya darjat seorang ibu berbanding ayah. Apa yang saya hendak tekankan bukan ayah tidak mempunyai peranan tetapi ketahuilah bahawa ibu mempunyai peranan dan darjat yang tinggi dalam Islam yang tidak dapat kita nafikan. Saya percaya semua pembaca merupakan seorang anak yang sangat baik dan taat. Oleh itu, janganlah kita mensiakan2 mereka walaupun sedetik kerana apabila mereka sudah tiada nanti apa yang mampu kita sedekahkan hanyalah surah Al-Fatihah dan doakan kesejahteraan mereka disana. Itulah sebaik2 perbuatan dan amalan seorang anak kepada ibu dan ayah.
Sekian daripada saya. Apayang saya tulis pesanan dan peringatan untuk diri saya juga kerana selagi bergelar manusia kita tidak terlepas daripada sikap dan sifat pelupa. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya ini. Andai ada tekasar atau terasa maaf saya ucapkan. Ahh... sebelum terlupa haritu saya sempat buat kek untuk mama saya.hehe. kira first time bake cake lah..tapi okay lah sebab boleh telan. hehe Sebelum saya akhiri penulisan ini saya ingin mengucapkan selamat hari ibu buat mama tersayang saya Amnah binti Raya dan terima kasih kerana selama ini sanggup bersusah-payah dalam membesarkan saya dan adik-beradik lain. terima kasih mama. I LOVE YOU ALWAYSS. HOPE YOU STAY HEALTHY AND IN THE MERCY OF ALLAH. LOVE YOU SO MUCHHH
![]() |
alhamdulillah jadi juga akhrinyaa.hehe^~^ |
Sekian semua^_^ Semoga hari anda dipermudahkan segala urusan. take care for your mother while they were still alive or you will regret after there were gone.

No comments:
Post a Comment